Tuesday, January 11, 2011

Tsu Koon perlu jawab soalan ‘cepumas’


Mohd Sabri Said (harakahdaily)

GEORGETOWN, 11 Jan: Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.
“Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.
"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.
“Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.
“Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak. Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.
Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.
Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.

Monday, January 10, 2011

100 hari: Sumber negara lebih dari mampu

PARIT BUNTAR, 11 Jan: Tawaran 100 hari oleh Pakatan Rakyat (PR) setelah meneraju Putrajaya dilihat sebagaiturning point rakyat untuk mencuba suatu yang baru dalam mencetus suasana baru yang sejahtera di negara.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, jika semalan Perdana Menteri menyifatkan tawaran itu semata-mata omong kosong, bagaimana pula jika rakyat menganggap ucapan itu adalah bukan omong kosong kerana ia sarat dengan pembohongan terhadap rakyat.

“Bukan omong kosong lagi dengan kenyataan yang mengatakan Najib sangat takut dengan tawaran dari Pakatan Rakyat.

“Negara Malaysia memiliki aset yang melimpah ruah, tetapi bajet negara tidak semuanya sampai kepada rakyat, bukan sahaja hanya untuk kroni BN, bahkan membazir serta tidak sampai kepada rakyat secara adil.

"Saya sangat kesal dengan cubaan terus menerus dari Najib untuk memperlekehkan tawaran kepada rakyat sedangkan ianya sesuatu yang sangat mudah dan di dalam kemampuan kerajaan yang ada sekarang," jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak ketika ditemui menasihatkan Najib supaya mengupah akauntan sambilan khas untuk melihat semula bajet yang dibentang di Dewan Rakyat tidak lama dahulu.

Katanya, berdasarkan kemampuan kerajaan membina satu MRT bernilai RM40 bilion di samping kos pembinaan Menara Warisan Merdeka yang mencecah RM5 bilion.

Kemudian, ujarnya ditambah pula dengan projek mega bagi membina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFID) yang nilainya mencecah RM26 bilion, tidak lupa juga perutukan RM111 juta untuk projek isterinya, Permata Pintar yang belum diketahui signifikannya, nombor serta jumlah angka bajet di atas adalah lebih dari mampu untuk menampung kos 10 tawaran permulaan 100 hari PR.

Beliau menambah, Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat, mereka sering bertindak sehingga memberi kesan dan menghimpit rakyat dari segenap aspek, bahkan situasi lebih parah dengan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN.

“Seksa rakyat tak pernah reda, dalam masa yang sama mereka terus mengharapkan sesutu perubahan hidup yang lebih besar dan menyeluruh.

"Kerana itu tiada tempat dan harapan melainkan kepada pilihan baru dan terbaik iaitu dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara, dan kami berjanji untuk satu penggal dan lihatlah hasilnya nanti,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan walaupun hasil negara melimpah ruah, tetapi kerajaan Umno BN yang ada gagal menguruskan negara dengan baik dengan mengakibatkan rakyat melarat.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus Malaysia dengan baik.

sumber dari harakahdaily.net